Khusyuk Solat #2
Apakah khusyuk dalam solat?
Solat mempunyai 2 perkara utama iaitu ketuhanan dan kehambaan. Apabila kita khusyuk di dalam solat, kita mestilah berada di dalam keadaan yang kita SEDAR diri kita sedang mendirikan solat. Kita mesti berada di dalam ‘living at the present’ seperti yang telah bincangkan di dalam artikel-artikel lepas seperti di sini atau di sini.
Kita mesti merasai 2 perkara utama yang dikatakan iaitu Allah itu Tuhan dan diri kita ini hambaNya. Mesti ada perasaan cinta pada Allah, merayu, memohon, menyesali dosa, mengharap dan sebagainya. Kita memahami sepenuhnya dengan penuh kejiwaan setiap apa yang kita lafazkan di dalam solat. Kita merasai keberadaan Allah SWT sangat hampir dengan diri kita walaupun hakikatnya memang Allah SWT berada sangat hampir dengan kita.
Baca tulisan FuadLatip SELANJUTNYA
0 comments:
Post a Comment