Mimbar Jumaat: Kepentingan Solat Jumaat
Rahsia mengapa Allah jadikan hari Jumaat ini penghulu segala hari ialah kerana Islam menjadikan hari Jumaat sebagai hari menghampirkan diri kepada Allah secara berjemaah dan secara mingguan.
SENARIO SEMASA:
Kini dapati semakin ramai umat Islam yang meninggalkan solat Jumaat. Ada yang leka menjamu selera dan berbual-bual di kedai kopi ketika orang lain sedang menunaikan fardhu Jumaat. Ada juga yang tidak segan silu bersama-sama kaum wanita 'melepak' dan bershopping di gedung-gedung membeli belah...
Ada yang mengambil kesempatan balik tidur di rumah tanpa merasa berdosa meninggalkan solat Jumaat. Ada pula yang pergi ke masjid tetapi tidak mahu menunaikan solat, sebaliknya bertenggong diatas tembok, basikal dan motorsikal tanpa merasa bersalah. Mereka pulang bersama orang yang bersolat Jumaat pulang!
Mereka tidak sedar bahawa hukum meninggalkan solat Jumaat walaupun sekali adalah berdosa besar. Allah telah menjanjikan hukuman yang berat kepada manusia seperti ini...
Kesimpulan khutbah kita pada hari ini ialah menghadiri solat Jumaat adalah fardhu ain atau wajib menurut empat mazhab ahli sunnah waljamaah.
Siapa yang mengatakan selain daripada itu adalah bercanggah dengan pendapat yang disepakati oleh ulama yang muktabar. Meninggalkan Jumaat akan mengakibatkan seseorang itu di jumlahkan dalam kalangan insan munafik. Manakala munafik akan menghuni neraka yang paling bawah.
Intisari Khutbah DI SINI
0 comments:
Post a Comment