Mecari khusyuk dalam solat
Masalah kita di dalam khusyuk ini adalah kerana kita tidak pernah mengambil tahu apakah sebenarnya solat itu. Mengapa Islam mengambil berat tentang solat? Adakah ia sekadar hanya kaedah untuk Allah menilai manusia samada baik atau tidak? Adakah ia hanya satu ujian untuk kita membuktikan yang kita ini taat pada perintah Allah?
Solat adalah satu ibadah yang mengandungi dua perkara iaitu ketuhanan dan kehambaan. Ibadah solat ini seharusnya memberikan perasaan ke dalam diri jiwa mukmin itu rasa ketuhanan Allah SWT dan rasa kehambaan diri manusia itu. Jika ini tidak dirasai, maka gagallah ibadah solat ini.
Solat juga merupakan satu meditasi teragung untuk umat manusia. Meditasi atau taffakur adalah kaedah untuk memantapkan jiwa. Semasa meditasi kita sebenarnya merendahkan gelombang fikiran sehingga tahap seminimum mungkin. Ia bermakna kita mengurangkan proses berfikir. Ia bertujuan untuk memberi ketenangan kepada kita disamping memantapkan jiwa dan melemahkan nafsu.
BACA SELANJUTNYA petikan entri FuadLatip...
0 comments:
Post a Comment