Mimbar Jumaat: Memasyarakatkan Masjid
Memasyarakatkan masjid bererti menjadikannya berperanan dengan lebih luas sebagaimana kesyumulan Islam itu sendiri seperti pusat pentadbiran, kebudayaan, ekonomi, dakwah islamiah, aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan, pendidikan dan tarbiah, pusat perundangan, riadah, sumber maklumat, pusat khidmat dan nasihat, pusat ekonomi dan penyatuan ummah.
Justeru, tindakan dan aktiviti-aktiviti seperti berikut berupaya mencapai matlamatnya, InsyaAllah:
1. Sebagai institusi ilmu yang sentiasa menyumbang kepada peningkatan penghayatan Islam dan akidah untuk kecemerlangan masyarakat Islam;
2. Berperanan sebagai pusat Dakwah Islamiah dengan penganjuran ceramah, forum atau dialog umum, bagi mendidik masyarakat memahami islam;
3. Menjadi pusat rujukan dalam pelbagai masalah kehidupan masyarakat Islam dan bukan Islam seperti menjadi pusat bantuan, khidmat nasihat (kaunseling), tempat sokongan dan dorongan dan penyelesaian masalah gejala sosial yang dihadapi oleh masyarakat;
4. Tempat penyatuan dan pembinaan ummah sehingga umat Islam bersatu, kuat dan gemilang;
5. Mampu menyediakan kemudahan fasiliti kepada pengguna masjid seperti ruang solat wanita, bilik perpustakaan, ruang seminar, bilik air yang bersih, persekitaran yang cantik dan menarik; dan
6. Masjid hendaklah bijak mengurus tabung, sumbangan atau kewangan masjid dengan profesional agar ianya telus dengan sistem pelaporan yang memberikan kepuasan kepada jamaah.
Rujuk TEKS PENUH | Jawi | English |
0 comments:
Post a Comment