Mimbar Jumaat: Jasa Guru
Bersempena Sambutan Hari Guru yang diadakan saban tahun diseluruh negara, mimbar Jumaat pada hari ini ingin menyingkap resepi kejayaan para guru melahirkan insan cemerlang, seterusnya dapat membina sebuah negara menuju kearah kemakmuran dan keberkatan disisi ALLAH S.W.T.
Guru adalah ibarat lilin yang menerangi kegelapan diwaktu malam, sanggup berkonban masa dan tenaga demi mendidik anak-anak bangsa menjadi insan berguna, rela pula mengenepikan kepentingan diri sendiri demi memastikan kejayaan anak-anak didiknya dimasa hadapan.
Guru juga adalah merupakan insan pendidik yang tidak pernah kenal erti penat dan jemu, sentiasa berusaha memberikan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak didiknya dan tidak pula berputus asa dengan kegagalan yang mereka hadapi. Inilah kerjaya dan rutin harian seorang guru.
Khutbah | PENUH | Jawi | English |
0 comments:
Post a Comment