Mimbar Jumaat: Pemusnah Jenerasi Ummah
Dalam membina ketamadunan Ummah dengan lebih cemerlang, manusia pada hari ini disarankan sentiasa berpegang kepada segala apa yang tercatat di dalam al-quran dan Sunnah Nabi S.A.W. Keimanan yang menyeluruh kepada al-quran dan hadis secara langsung akan menjamin Ummah memperolehi keberkatan daripada Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-A'raf ayat 96, yang bermaksud :
Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah kami akan membuka mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah keberkatannya, dari langit dan bumi"
Pintu keberkatan telah dibuka seluas-luasnya kepada kita melalui nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. untuk kita melaksanakan tanggungjawab, menjalankan tugas dan kerja-kerja seharian kita dengan baik, disamping kita juga dapat melaksanakan amalan-amalan yang difardhukan dengan sempurna tanpa sebarang gangguan dan halangan.
Saban hari kita didedahkan dengan berbagai-bagai kes gejala sosial seperti kes pembuangan bayi, penderaan kanak-kanak, sumbang mahram, budaya lepak, ponteng sekolah, kes buli dan peningkatan masalah displin dikalangan pelajar. Ini ditambah lagi dengan peningkatan kes penyalahgunaan dadah dikalangan anak muda, khususnya remaja dan belia Melayu yang beragama Islam.
0 comments:
Post a Comment