Mimbar Jumaat: Ketua keluarga
Kita sedia maklum bahawa institusi keluarga adalah merupakan asas sebuah masyarakat bagi melahirkan generasi yang bertaqwa dan beramal soleh. Hakikat yang tidak boleh dinafikan juga bahawa kejayaan dan keharmonian dalam sebuah keluarga adalah bermula dari ketua keluarga.
Justeru itu Islam meletakkan kepimpinan atau ketua keluarga itu ialah kepada seorang bapa yang bertanggung jawab dalam memastikan keluraganya dalam keadaan aman dan sentiasa diberkati Allah. Peranan sebagai seorang ketua keluarga itu adalah merujuk kepada sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi: Maksudnya:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap pimpinannya, seorang pemimpin Negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan ia bertanggungjawab terhadap mereka,
seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya,
seorang wanita adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab terhadap rumahtangga suaminya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya".
Sebagai seorang ketua keluarga hendaklah menunjukkan dan mempamerkan contoh dan tauladan terbaik untuk di ikuti dan dicontohi oleh anak dan isterinya. Keluarga yang menginginkan kebahagiaan juga hendaklah menjiwai dan mengamalkan sifat yang baik dan mulia.
.
0 comments:
Post a Comment