Terima kasih
Apabila kita menerima ucapan terima kasih yang penuh ikhlas daripada seseorang, kita terasa lapang dada dengan ucapan yang diberikan ke atas kita. Kita berasa segala apa yang kita telah lakukan dihargai. Kita cukup gembira ketika itu. Tambahan pula yang memberi ucapan itu adalah orang yang kita sayangi.
Namun ada lebih tinggi sebuah penghargaan dan keikhlasan di dalam ucapan terima kasih ini iaitu apabila diucapkan untuk yang Maha Pencipta, Maha Pemberi, Maha Segala-galanya.
Kesyukuran kita kepada Allah yang disertai dengan ucapan terima kasih bersama dengan perasaan rendah diri sebagai hamba bukan sahaja sebuah penghargaan kepada Allah SWT. Tetapi ucapan tersebut juga memberikan kelapangan dan ketenangan dalam diri yang mengucapkannya. Allah SWT menjawab ucapan terima kasih kita tanpa kita sedari dengan memberikan jiwa/hati kita ketenangan dan kelapangan.
Baca catatan FuadLatip SELANJUTNYA
0 comments:
Post a Comment