weblog MDESJ ini telah berpindah ke PORTAL MDESJ berkuasa 1 Muharram 1432H /7 Disember 2010

AJK Perintis (1976) diraikan.. Silaturrahim 'Idilfitri 1431H

Friday, November 5, 2010

Saudara Baru

Pendekatan konsep dakwah yang berkesan pada hari ini, melahirkan ramai saudara-saudara baru kita dari pelbagai bangsa untuk mendapat hidayah Islam. Golongan saudara-saudara baru ini juga dikenali sebagai muallaf (orang berjaya yang dijinakkan hatinya). Menurut statistik MAIS pada tahun 2009, seramai 1283 orang saudara baru telah didaftarkan di Selangor.
    
Berita gembira ini haruslah kita kongsikan bersama-sama masyarakat setempat. Namun apa yang yang lebih penting ialah bagaimanakah penerimaan serta sambutan masyarakat kita pada hari ini terhadap mereka? Adalah menjadi tanggungjawab kita memuliakan dan menghormati saudara-saudara baru ini serta mengambil tahu kebajikan mereka.
    
Saudara baru biasanya akan menghadapi dugaan besar setelah memeluk Islam. Ada di antara mereka dibuang dari keluarga, sebahagiannya hilang pekerjaan, hilang mata pencarian, ada yang terpaksa merempat, menagih kasih dan memohon bantuan dari pihak-pihak yang sudi menghulurkan bantuan.

Baca selanjutnya khutbah JAIS | PENUH | Jawi |

Read more...

Friday, October 29, 2010

Amanah & Kepimpinan


Perkembangan tamadun manusia pasti mencatatkan bahawa berdirinya sesebuah pemerintahan. Semuanya terbina dengan adanya pemimpin yang berkaliber. Kehidupan rakyat tanpa pemimpin yang memandu halatuju mereka hanya akan membawa pelbagai kemelut dalam masyarakat dan negara.

Pemimpin ialah umpama kepala bagi sesebuah jasad, mereka juga merupakan simbol kesatuan dan kekuatan sesebuah organisasi. Pemimpin yang hebat merupakan individu yang mampu menunaikan tanggungjawabnya sebagai khalifah bersesuaian dengan garis panduan Al-Quran dan As-Sunnah. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Haj, ayat 41 :

"Iaitu mereka (Umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta menunaikan zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan".


Islam memandang isu kepimpinan suatu perkara yang amat besar. Beberapa nota penting yang perlu kita ketahui berkaitan kepimpinan iaitu :
Pertama: Islam menganggap setiap individu adalah pemimpin sama ada pemimpin masyarakat, persatuan dan sebagainya.
Kedua: Sesungguhnya melantik pemimpin adalah tuntutan syariat. Islam menyarankan bagi  perkumpulan manusia yang berjumlah tiga orang dan lebih agar memilih salah seorang daripada mereka sebagai ketua. Jelas kepada kita keutamaan melantik ketua dan membentuk organisasi dalam perkumpulan manusia yang ramai adalah penting.
Ketiga: Hendaklah melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin yang jujur dan amanah.
Sesungguhnya  tidak akan terlaksana pergerakan sesebuah kumpulan atau organisasi kecuali dengan adanya pemimpin dan pengikutnya yang taat.

Baca selanjutnya Khutbah JAIS | PENUH | Jawi |

Read more...

Friday, October 22, 2010

Iktibar dari Bencana

Sejak kebelakangan ini kita dapati pelbagai bencana alam yang merunsingkan telah berlaku seperti ancaman tsunami, gegaran bumi, ribut kencang dan lain-lain lagi. Ada kalanya hujan turun dengan kadar yang banyak bukan pada kebiasaan musimnya. Ada kalanya pula cuaca menjadi terlalu panas sehingga ke tahap membahayakan kesihatan manusia. Para Saintis mengkaji dan  mengemukakan pelbagai teori yang antaranya mengklasifikasikan  senario ini sebagai pemanasan global.

Dari satu sudut yang lain, kita tidak boleh menafikan bahawa senario begini adalah permulaan amaran Allah SWT.,  kesan dari kerosakan yang dilakukan manusia kepada alam ini.  Firman Allah di dalam surah Ar-Rum ayat 41;
 "Telah nyata pelbagai kerosakan di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oIeh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

Namun terlalu sedikit di kalangan kita yang ingin mengambil iktibar di sebalik sesuatu yang ditimpakan Allah SWT. Mereka lebih meyakini teori dan pandangan manusia yang hanya bersandarkan pengalaman berbanding ancaman Allah SWT. 

Baca selanjutnya khutbah JAIS | PENUH | Jawi |

Read more...

Sunday, October 17, 2010

Betong - 2H1M

Serombongan 38 orang anak qariah MDESJ ke Betong, Yala (Selatan Thailand) - program 2H1M... Untuk bersama meraikan majlis perkahwinan (mantan) Bilal Daud.

Kami meninggalkan perkarangan MDESJ jam 8:45 pagi, 15 Oktober... dan kembali semula di tempat yang sama sekitar jam 8:40 malam 16 Oktober 2010... Saksikan rakaman sepanjang perjalanan DI SINI

Ianya suatu pengalaman /perjalanan yang menyeronokkan. Ianya adalah sebahagian dari program 'melihat kebesaran Illahi dengan bermusafir'. Di samping memupuk silaturrahim secara bersantai! Tahniah kepada Tuan Syed Omar dan Ustaz Imran yang menjadikan program itu suatu realiti. Alhamdulillah.

InsyaAllah, program 'kembara' serupa itu akan dirancang di masa-masa akan datang.

Read more...

Friday, October 15, 2010

Zina

Zina adalah perbuatan yang paling terkutuk dan salah satu daripada tujuh dosa-dosa besar di sisi Islam. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menyentuh tentang dosa perbuatan zina yang terkutuk dan jijik itu, antaranya firma Allah S.W.T. di dalam surah Al-Furqan ayat 68-69;

"Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain disamping Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina. Sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya dan akan digandakan baginya azab pada hari kiamat, dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan".

Read more...

Sunday, October 10, 2010

Jasamu Dikenang

Barisan AJK Perintis MDESJ diraikan sempena Majlis Silaturrahim 'Idilfitri 1431H.
Bacalah perjuangan mereka dalam membangunkan masjid pertama di Subang Jaya

Lihat gambar-gambar sekitar majlis DI SINI

Read more...

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH
Menyumbanglah kepada dana saham amanah akhirat bagi pembangunan YAYASAN AL-IJABAH ... Klik gambar di atas

Tabung Amanah Saham Akhirat

Tabung Amanah Saham Akhirat
...kemudahan bank transfer anda.

KHAIRAT KEMATIAN MDESJ & MANFAAT

1. DAFTARLAH SEGERA SEBAGAI AHLI
2. Muat turun BORANG KEAHLIAN
3. Jika berlaku kematian SIAPA YANG PERLU DIHUBUNGI?

PANDUAN PRODUK HALAL /SUCI

Maklumat KEPENGGUNAAN Terpilih

SELSEMA BABI

STATUS TERKINI


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP