Mimbar Jumaat: Kepimpinan
Hakikatnya semua manusia itu adalah pemimpin. Ini selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
"Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipertanggung jawabkan apa yang di pimpinnya"
Sebagai seorang pemimpin, kita hendaklah bertindak secara bijak, dedikasi dan menjadi teladan dalam kepimpinannya seperti:
1. Seorang pemimpin mestilah berani, sanggup berkorban dan menepati norma-norma dan nilai-nilai hidup secara Islam.
2. Bertindak selari dengan apa yang dikata atau yang dijanjikan supaya kita menjadi manusia yang disayangi dan dihormati.
3. Hendaklah mendorong dan mengutamakan kebajikkan dan kesejahteraan orang yang dipimpin serta bertanggung jawab kepada mereka di dunia dan di akhirat.
4. Menginsafi bahawa kepimpinan itu merupakan satu amanah dan mengkhianati amanah kepimpinan adalah merupakan dosa besar yang akan menerima hukuman Allah diakhirat nanti.
BACA INTISARI KHUTBAH DI SINI



0 comments:
Post a Comment