weblog MDESJ ini telah berpindah ke PORTAL MDESJ berkuasa 1 Muharram 1432H /7 Disember 2010

AJK Perintis (1976) diraikan.. Silaturrahim 'Idilfitri 1431H

Friday, July 2, 2010

Qadha' Qadar

Di dalam Masyarakat Melayu kita istilah qadha' dan qadar kadangkala disebut dengan "Takdir Tuhan" atau "Ketentuan Tuhan".  Kedua-duanya memberi maksud qadha' dan qadar.

Berkaitan dengan qadha' dan qadar, Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud Radhiallahu ‘Anhu yang bermaksud:
           
"Sesungguhnya seseorang itu diciptakan dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk nuthfah, 40 hari menjadi segumpal darah, 40 hari menjadi segumpal daging, kemudian Allah mengutus malaikat untuk meniupkan roh ke dalamnya dan menuliskan 4 ketentuan, iaitu tentang rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya, dan (jalan hidupnya) sengsara atau bahagia".
 (Riwayat Bukhari dan Muslim) .
          
Dari hadith tersebut dapatlah kita ketahui bahawa nasib manusia telah ditentukan oIeh Allah Subhanahu Wata'ala sejak sebelum ia dilahirkan. Walau pun  setiap manusia telah ditentukan nasibnya, ianya tidaklah bererti bahawa manusia hanya duduk diam menunggu nasib tanpa berusaha dan berikhtiar. Walau apa pun keadaannya, manusia tetap berkewajipan untuk berusaha, sebab kejayaan sesuatu itu tidak akan datang dengan sendirinya.
Baca lanjut Khutbah JAIS | Penuh |

0 comments:

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH
Menyumbanglah kepada dana saham amanah akhirat bagi pembangunan YAYASAN AL-IJABAH ... Klik gambar di atas

Tabung Amanah Saham Akhirat

Tabung Amanah Saham Akhirat
...kemudahan bank transfer anda.

KHAIRAT KEMATIAN MDESJ & MANFAAT

1. DAFTARLAH SEGERA SEBAGAI AHLI
2. Muat turun BORANG KEAHLIAN
3. Jika berlaku kematian SIAPA YANG PERLU DIHUBUNGI?

PANDUAN PRODUK HALAL /SUCI

Maklumat KEPENGGUNAAN Terpilih

SELSEMA BABI

STATUS TERKINI


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP