weblog MDESJ ini telah berpindah ke PORTAL MDESJ berkuasa 1 Muharram 1432H /7 Disember 2010

AJK Perintis (1976) diraikan.. Silaturrahim 'Idilfitri 1431H

Friday, September 3, 2010

Rahsia Ramadhan

Ramadhan merupakan anugerah yang amat istimewa, dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata’ala khusus kepada umat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam anugerah yang tidak diberikan kepada umat-umat yang lain ini mengandungi seribu satu hikmah dan kebaikan yang seharusnya dimanfaatkan oleh umat Islam keseluruhannya.

Bulan Ramadhan diibaratkan seperti sebuah Institusi Pendidikan yang terpenting di dalam Islam. Ia merupakan suatu tempoh yang terbaik untuk mendidik jiwa setiap umat Islam agar menjadi insan yang berakhlak mulia.

Ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain yang dilaksanakan di dalam bulan ini merupakan suatu proses tarbiyyah yang akan menghasilkan insan yang benar-benar bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata’ala. Amalan menahan diri dari makan minum, nafsu syahwat dan perkara-perkara maksiat di samping sentiasa taat mengerjakan suruhan Allah di sepanjang tempoh berpuasa adalah merupakan latihan yang paling berkesan untuk mendidik jiwa manusia supaya sentiasa tunduk kepada kebesaran Allah Subhanahu Wata’ala.

Manusia tidak akan dapat menumpukan seluruh ketaatannya kepada Allah Subhanahu Wata’ala selagi kantong perutnya masih dipenuhi makanan yang menjadi punca pembiakan nafsu syahwat dalam diri mereka. Sabda Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wasallam:

"Seseorang yang meninggalkan puasa walau sehari di bulan Ramadhan tanpa sebab yang diizinkan dan keuzuran, nescaya tidak akan dapat melunaskan puasa tersebut walaupun ia berpuasa sepanjang tahun".

Rujuk selanjutnya khutbah JAIS | PENUH | Jawi | English |

0 comments:

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH
Menyumbanglah kepada dana saham amanah akhirat bagi pembangunan YAYASAN AL-IJABAH ... Klik gambar di atas

Tabung Amanah Saham Akhirat

Tabung Amanah Saham Akhirat
...kemudahan bank transfer anda.

KHAIRAT KEMATIAN MDESJ & MANFAAT

1. DAFTARLAH SEGERA SEBAGAI AHLI
2. Muat turun BORANG KEAHLIAN
3. Jika berlaku kematian SIAPA YANG PERLU DIHUBUNGI?

PANDUAN PRODUK HALAL /SUCI

Maklumat KEPENGGUNAAN Terpilih

SELSEMA BABI

STATUS TERKINI


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP