weblog MDESJ ini telah berpindah ke PORTAL MDESJ berkuasa 1 Muharram 1432H /7 Disember 2010

AJK Perintis (1976) diraikan.. Silaturrahim 'Idilfitri 1431H

Friday, July 24, 2009

Minbar Jumaat: AQIDAH - kemana kita?

Tingkah laku sosial sebahagian umat Islam ketika ini tanpa mengira kedudukan tua atau muda, berpendidikan atau tidak semacam tergambar, betapa lemahnya akidah dan keimanan mereka. Kehidupan mereka semakin kalis dengan tuntutan agama.

Dalam institusi kekeluargan, ibu bapa semacam kehilangan panduan. Dalam institusi pendidikan, guru-guru semacam buntu dari segi pendekatan dan dalam komuniti bernegara, pemimpin semacam kehilangan kepercayaan.

Masalah sosial semakin sukar dibendung. Walaupun masalah ini sering dikaitkan dengan golongan remaja, tetapi hakikatnya ia berlaku tanpa mengira umur dan latar belakang. Sesetengah puncanya dirancang dan diprogramkan oleh golongan tertentu dengan menggunakan istilah-istilah yang menarik.

Contohnya istilah “perkhidmatan” digunakan dalam aktiviti maksiat, “program menjana ekonomi” dalam sendikit penipuan, istilah “strategi” dalam pendekatan menegakkan kepalsuan, istilah “beramal” untuk menghalalkan cara dan berbagai-bagai lagi.

Akidah atau Tauhid mempunyai maksud yang sama. Iaitu berkaitan ilmu yang menjelaskan kepercayaan seseorang tentang ketuhanan, kerasulan dan perkara-perkara Sam’iyah, iaitu ghaib yang hanya diketahui dan didengar melalui Al-Qur’an dan Al-Hadith.

Selain itu ilmu ini juga dapat mendedahkan kebatilan dan pendustaan khususnya dari kalangan musuh-musuh, terhadap orang yang beriman. Oleh itu Aqidah Tauhid mempunyai peranan di dalam pembinaan syaksiah dan jati diri seseorang.

Baca teks khutbah JAIS | PENUH | Jawi | English |

.

0 comments:

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH
Menyumbanglah kepada dana saham amanah akhirat bagi pembangunan YAYASAN AL-IJABAH ... Klik gambar di atas

Tabung Amanah Saham Akhirat

Tabung Amanah Saham Akhirat
...kemudahan bank transfer anda.

KHAIRAT KEMATIAN MDESJ & MANFAAT

1. DAFTARLAH SEGERA SEBAGAI AHLI
2. Muat turun BORANG KEAHLIAN
3. Jika berlaku kematian SIAPA YANG PERLU DIHUBUNGI?

PANDUAN PRODUK HALAL /SUCI

Maklumat KEPENGGUNAAN Terpilih

SELSEMA BABI

STATUS TERKINI


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP