Minbar Jumaat: Teras Perubahan
Sejarah telah membuktikan bahawa pendidikan berteraskan falsafah dan prinsip Islam Berjaya membangunkan tamadun manusia umunya dan tamadun Islam khusunya.
Kemunculan zaman kecemerlangan ilmu dan kegemilangan pendidikan semasa pemerintahan Islam telah memperlihatkan betapa relevannya pendidikan Islam yang berjaya mencetuskan kecemerlangan peradaban dan membangunkan modal insan dari segi ilmu, iman, akhlak dan amal. Para intelektual pada masa itu berjaya menguasai pelbagai kepakaran dalam bidang tertentu.
Apabila diteliti maksud pendidikan itu sendiri, sebenarnya ia tidak dapat dipisahkan dari nilai-nilai akhlak dan moral sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali yang menjelaskan bahawa pendidikan ialah menyamai budi pekerti mulia dalam diri kanak-kanak supaya merka dapat menilai antara yang benar dan yang salah manakala Said Muhammad Naqib Al-Attas menegaskan bahawa pendidikan merupakan proses penerapan akhlak dan adab ke dalam diri seseorang.
.
Baca selanjutnya teks | PENUH | Jawi | English |
0 comments:
Post a Comment