Mimbar Jumaat: Mistik & Tahyul Melayu
Kita seharusnya meletakkan kedudukan kita sebagai khalifah dimuka bumi lebih mulia dari jin dan syaitan. Ketakutan kita kepada mahluk jin, syaitan dan pergantungan kita kepada mereka sebenarnya merendahkan martabat kita disisi Allah SWT.
Sebagai orang Islam kita juga harus menyedari bahawa perkara-perkara mistik dan tahyul yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini adalah mainan syaitan dan sihir yang diajar oleh syaitan kepada manusia. Ingatlah firman Allah SWT dalam surah al-Bakarah ayat 102 : yang bermaksud
” Dan mereka mengikuti ajaran-ajaran syirik yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan nabi Sulaiman, pada hal Nabi Sulaiman tidaklah kafir (tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu), akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihir itu), dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir ”
Teks khutbah JAIS | PENUH | Jawi | English |
0 comments:
Post a Comment