Mimbar Jumaat: Solat Berjemaah
Solat berjemaah lima waktu bagi mazhab Syafie hukumnya fardhu Kifayah yang wajib ditunaikan setiap waktu pada setiap hari dan Afdhal di masjid atau di surau. Solat Jumaat pula wajib Aini seminggu sekali. Manakala solat dua hari raya sunat ditunaikan setahun sekali dan Afdhal di padang atau di tempat lapang.
Rasulullah s.a.w bersabda
“Ganjaran pahala semabahyang berjemaah itu melebihi dari sembahyang bersendirian dengan kelebihan dua puluh tujuh darjat”
Adalah menjadi suatu perkara yang malang bagi sebahagian umat Islam yang kurang mengambil berat untuk solat berjemaah atas alasan tidak wajib atau hanya fardhu Kifayah. Umat Islam sewajarnya memahami bahawa apapun aktiviti dan rutin kehidupan yang dilalui memerlukan hidayah dan keredhaan Allah, oleh itu umat Islam hendaklah memahami dan menyedari bahawa solat berjemaah di masjid dijanjikan nur hidayah Allah dan nur itulah yang akan menerangi mereka di hari kiamat nanti.“Ganjaran pahala semabahyang berjemaah itu melebihi dari sembahyang bersendirian dengan kelebihan dua puluh tujuh darjat”
Rujuk khutbah JAIS | PENUH | Jawi | English |
0 comments:
Post a Comment