weblog MDESJ ini telah berpindah ke PORTAL MDESJ berkuasa 1 Muharram 1432H /7 Disember 2010

AJK Perintis (1976) diraikan.. Silaturrahim 'Idilfitri 1431H

Friday, November 27, 2009

Aidil Adha dan Kalimah TAUHID

Iduladha mendidik serta membentuk sikap dan syakhsiah umat Islam melalui
perisytiharan kalimah tauhid yang diucapkan:

"Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan
kami tidak mengabdikan diri melainkan hanya kepada-Nya, dengan ketaatan setulus hati,

Walau pun dibenci oleh orang-orang kafir”

Kalimah tersebut merupakan pernyataan sikap umat Islam untuk menyucikan akidahnya agar bersih dan patuh hanya kepada Allah yang Maha Esa. Maksudnya, hanya hukum-hakamNya yang wajar didaulatkan dan hanya sistem yang datang dariNya sahaja yang mesti dihayati dan disanjung tinggi.

Sekaligus kalimah tauhid yang diakhiri dengan kalimah "Walau pun dibenci oleh orang-orang kafir" merupakan penegasan Allah kepada hamba-Nya supaya melaksanakan hukum Allah tanpa peduli sama ada orang lain bersetuju atau tidak. Kerana kalimah tauhid itu
sebenarnya menjadi prinsip yang mesti diperjuangkan, selaras dengan ikrar kita pada setiap takbir yang kita laungkan pada hari ini dan berterusan hinggalah hari ketiga tasyrik secara terus menerus sepanjang waktu.

Malangnya, walaupun ikrar dikumandangkan selama empat hari empat malam melalui takbir mursal dan takbir muqayyad, tetapi di waktu yang sama masih ada segelintir umat Islam tidak yakin untuk melaksanakan Islam dan masih ragu untuk hidup dengan melaksanakan Sistem Islam yang syumul, kerana takut tidak dipersetujui oIeh orang-orang kafir, takut akan berlakunnya huru-hara, lalu menjadikannya alasan paling baik untuk tidak melaksanakan tuntutan Islam. Pendirian dan keyakinan seperti ini mestilah dibuang jauh, yakinlah!, Islam adalah satu-satunya cara hidup yang amat sempurna dan diredhai Allah SWT.

Rujuk khutbah Aidil Adha JAIS | PENUH | Jawi | English |

0 comments:

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH
Menyumbanglah kepada dana saham amanah akhirat bagi pembangunan YAYASAN AL-IJABAH ... Klik gambar di atas

Tabung Amanah Saham Akhirat

Tabung Amanah Saham Akhirat
...kemudahan bank transfer anda.

KHAIRAT KEMATIAN MDESJ & MANFAAT

1. DAFTARLAH SEGERA SEBAGAI AHLI
2. Muat turun BORANG KEAHLIAN
3. Jika berlaku kematian SIAPA YANG PERLU DIHUBUNGI?

PANDUAN PRODUK HALAL /SUCI

Maklumat KEPENGGUNAAN Terpilih

SELSEMA BABI

STATUS TERKINI


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP