Mimbar Jumaat: ILMU dan Membaca
Ilmu itu pelita hati. Obor penyuluh dalam kegelapan hidup. Ilmulah yang membezakan antara yang hak dan yang batil dalam masalah akidah, antara yang sunat dan bid'ah dalam masalah ibadah, antara yang baik dan yang buruk dalam masalah mu'amalah, antara yang halal dan yang haram dalam masalah amalan, antara yang benar dan yang salah dalam masalah pemikiran, antara yang terpuji dan yang terkeji dalam masalah perilaku seseorang insan.
Khalifah Omar bin Abdul Aziz pernah berkata:
"Orang yang berbuat sesuatu tidak berdasarkan ilmu, maka yang rosak adalah lebih banyak dari yang baik"
Profesor Dr. Yusof Al-Qardhawi, Sarjana Pemikir Islam Kontemporari yang tersohor, dalam bukunya bertajuk : "Fiqhul Aulawiyyat" menyatakan: "Mendahulukan ilmu ke atas amal adalah wajib, kerana hal itu akan memberi petunjuk kepada amal soleh, seperti halnya menunjukkan pada Iman ".
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Hajj ayat 54:
"Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepada-Nya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus".
0 comments:
Post a Comment