Raja dan Rakyat
Sempena ulangtahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, maka kita sebagai rakyat di Negeri Selangor, bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana telah mengurniakan kita dengan sistem pemerintahan yang teguh dan politik yang stabil lagi mantap, di mana Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Raja Melayu telah menjadi payung negeri sejak zaman lampau.
Hasilnya, kita dapat melaksanakan tanggungjawab dengan melakukan aktiviti, seperti beribadah dengan tenang dan dapat mencari rezeki dalam suasana yang aman damai . Sesungguhnya, Institusi Raja memainkan peranan penting dalam mempertahankan Islam dan Perpaduan Rakyat di negara ini.
Bagi mengekalkan suasana aman damai ini, marilah kita sebagai rakyat negeri ini hidup penuh muhibbah serta bersatu-padu, dengan menghormati Institusi Raja Berperlembagaan. Elakkan diri daripada terlibat dengan sebarang tindakan, yang boleh menggugat atau mencemarkan Institusi Raja-Raja serta mempertikai kesucian Islam sebagai Agama Rasmi di negara ini.
0 comments:
Post a Comment