weblog MDESJ ini telah berpindah ke PORTAL MDESJ berkuasa 1 Muharram 1432H /7 Disember 2010

AJK Perintis (1976) diraikan.. Silaturrahim 'Idilfitri 1431H

Friday, January 8, 2010

Bencana arak

Seorang lelaki Ansar telah mengadakan jamuan di rumahnya dan tetamunya termasuklah seorang Muhajirin. Dalam keadaan mabuk lalu ia bangun dan bersyair dengan memuji kaumnya yang gagah berani sambil menghina dan mencaci kaum Ansar yang dikatakannya sebagai penakut. Mendengar cacian itu seorang lelaki Ansar terus memukulnya sehingga berdarah. Selepas kejadian itu wahyu pun diturunkan iaitu pada Surah Al Maaidah ayat 91:

"Sesungguhnya syaitan mahu menimbulkan permusuhan dan perasaan saling benci-membenci di antara kamu dengan sebab meminum arak dan permainan judi serta memalingkan kamu dari mengingati Allah dan mengerjakan sembahyang, maka mahukah kamu berhenti dari melakukan perbuatan yang keji dan kotor itu?"


Semenjak peristiwa itulah arak telah diharamkan secara muktamad oleh Allah Subhanahu Wata'ala.



Arak sememangnya sinonim dengan alkohol. Ia merupakan perosak masyarakat sejak zaman berzaman. Ketagihan alkohol secara berterusan akan mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira serta menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di seluruh dunia. Alkohol merupakan punca pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Statistik kadar jenayah yang meninggi, kekerapan kemalangan jalan raya, pertambahan kes penyakit mental, bunuh diri, perzinaan dan keruntuhan institusi keluarga di serata dunia menjadi bukti kepada kuasa perosak alkohol.



Rujuk khutbah JAIS | PENUH | Jawi | English |

0 comments:

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH
Menyumbanglah kepada dana saham amanah akhirat bagi pembangunan YAYASAN AL-IJABAH ... Klik gambar di atas

Tabung Amanah Saham Akhirat

Tabung Amanah Saham Akhirat
...kemudahan bank transfer anda.

KHAIRAT KEMATIAN MDESJ & MANFAAT

1. DAFTARLAH SEGERA SEBAGAI AHLI
2. Muat turun BORANG KEAHLIAN
3. Jika berlaku kematian SIAPA YANG PERLU DIHUBUNGI?

PANDUAN PRODUK HALAL /SUCI

Maklumat KEPENGGUNAAN Terpilih

SELSEMA BABI

STATUS TERKINI


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP