weblog MDESJ ini telah berpindah ke PORTAL MDESJ berkuasa 1 Muharram 1432H /7 Disember 2010

AJK Perintis (1976) diraikan.. Silaturrahim 'Idilfitri 1431H

Friday, February 12, 2010

Cegah Maksiat

Tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi ini adalah meletakkan Islam di tempat yang tertinggi dan melaksanakannya menurut sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Pendaulatan Islam tidak akan berlaku melainkan dengan terlaksananya amar makruf nahi munkar di kalangan manusia.



Firman Allah SWT. di dalam surah Ali ‘Imran ayat 104 ;

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah perkara yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung".



Prof. Dr. HAMKA di dalam Tafsir Al-Azhar menjelaskan pentafsiran ayat tadi dengan katanya:

"Dengan adanya amar makruf, kemungkaran dapat dibendung dan yang makruf dapat dialirkan terus, sehingga umat Islam menjadi pelopor kebajikan di dunia ini".



Di dalam ayat ini juga Allah SWT telah menetapkan bahawa tugas menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran bukan sahaja terletak di bahu pemerintah, bahkan ia merupakan satu kefardhuan yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam. Apabila hukum ini diketepikan maka akan berdosalah seluruh umat itu.



Khutbah JAIS | PENUH | Jawi | English |

0 comments:

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH
Menyumbanglah kepada dana saham amanah akhirat bagi pembangunan YAYASAN AL-IJABAH ... Klik gambar di atas

Tabung Amanah Saham Akhirat

Tabung Amanah Saham Akhirat
...kemudahan bank transfer anda.

KHAIRAT KEMATIAN MDESJ & MANFAAT

1. DAFTARLAH SEGERA SEBAGAI AHLI
2. Muat turun BORANG KEAHLIAN
3. Jika berlaku kematian SIAPA YANG PERLU DIHUBUNGI?

PANDUAN PRODUK HALAL /SUCI

Maklumat KEPENGGUNAAN Terpilih

SELSEMA BABI

STATUS TERKINI


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP