weblog MDESJ ini telah berpindah ke PORTAL MDESJ berkuasa 1 Muharram 1432H /7 Disember 2010

AJK Perintis (1976) diraikan.. Silaturrahim 'Idilfitri 1431H

Friday, February 19, 2010

Keyakinan Umat

Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi kita sebagai umat Islam menjaga dan mempertahankan ajaran Islam daripada dipersia dan dipinggirkan umpama "melukut di tepi gantang". Wajib bagi kita menjaga maruah agama Islam agar ia tetap dipandang tinggi oleh mereka yang bukan beragama Islam.


Seringkali mereka memandang hina terhadap Islam akibat perbuatan orang-orang Islam itu sendiri yang tidak mematuhi ajaran Islam. Apabila ada sesuatu perkara sumbang yang dilakukan oleh seorang yang beragama Islam, kadang-kala bukan sahaja orang tersebut dikecam dan dipandang hina, malah mereka juga menuduh yang Islam menggalakkan perkara tersebut. Apabila berlaku keganasan, dengan cepat Islam dituduh sebagai agama yang menggalakkan keganasan. Apabila wujud kes jenayah yang dilakukan oleh orang Islam, dengan cepat Islam dituduh sebagai agama yang tidak dapat membendung pengikutnya daripada melakukan jenayah.



Sememangnya ini adalah satu perkara yang menyedihkan. Tetapi ia sesuatu yang susah untuk dielak kerana Islam memang sentiasa mempunyai musuh yang mahu melihat kehancurannya. Firman Allah SWT di dalam Surah At-Taubah ayat 32:

"Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedangkan Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak menyukai (akan yang demikian)".



Kita wajib menjaga kesucian agama kita dengan mempraktikkan segala ajaran Islam dan menghayati Islam sepenuhnya sehinggalah Islam itu dipandang tinggi dan mulia, sebagaimana Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 40:

"......Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) adalah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".


Khutbah JAIS | PENUH | Jawi | English |

0 comments:

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH
Menyumbanglah kepada dana saham amanah akhirat bagi pembangunan YAYASAN AL-IJABAH ... Klik gambar di atas

Tabung Amanah Saham Akhirat

Tabung Amanah Saham Akhirat
...kemudahan bank transfer anda.

KHAIRAT KEMATIAN MDESJ & MANFAAT

1. DAFTARLAH SEGERA SEBAGAI AHLI
2. Muat turun BORANG KEAHLIAN
3. Jika berlaku kematian SIAPA YANG PERLU DIHUBUNGI?

PANDUAN PRODUK HALAL /SUCI

Maklumat KEPENGGUNAAN Terpilih

SELSEMA BABI

STATUS TERKINI


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP