weblog MDESJ ini telah berpindah ke PORTAL MDESJ berkuasa 1 Muharram 1432H /7 Disember 2010

AJK Perintis (1976) diraikan.. Silaturrahim 'Idilfitri 1431H

Friday, June 18, 2010

Judi Jahanam Ummah

 Khutbah JAIS | Penuh | Jawi | English |

Judi adalah perbuatan yang dipandang hina dan keji oIeh agama Islam. Judi adalah dosa besar yang diharamkan oIeh Allah kerana ia merupakan perbuatan syaitan yang menyesatkan dan amat terkutuk. Kita merasa hairan ada pihak yang menyatakan tidak terdapat ayat Al-Quran yang melarang keras perbuatan berjudi, maka dengarlah Firman Allah Subhanahu Wata'ala ini: Surah Al-Maidah ayat 90: Bermaksud

"Wahai orang yang beriman!, bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan bertenung  nasib dengan anak panah, adalah perkara keji yang termasuk perbuatan syaitan. OIeh itu hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya". 

Ayat  ini jelas menerangkan kepada kita bahawa judi adalah perkara keji yang mengundang dosa kepada Allah sama seperti perbuatan-perbuatan lain yang dinyatakan dalam ayat ini seperti arak, pemujaan berhala dan mengundi nasib.
 Baca selanjutnya

Kekecewaan kalah judi berkemungkinan akan membawa kepada ketagihan arak pula. Ia tidak berhenti di situ sahaja, malah dengan sebab buta hati dan lemah iman ada di antara kaki judi sanggup memuja kubur, busut dan pokok-pokok besar untuk mendapatkan nombor-nombor ekor walaupun menyedari semua itu adalah permainan syaitan. Terdapat juga di kalangan penagih judi sanggup bertemu tukang-tukang tilik bagi mengadu nasib dan membuat ramalan tentang nasib mereka. Inilah kehinaan yang nyata, yang selalu berlaku kepada kaki-kaki judi.


Selain daripada keburukan berjudi seperti yang dinyatakan tadi, judi juga boleh mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat. Ini kerana judi boleh menimbulkan penipuan, ketidak-adilan, kezaliman, penindasan, kebencian, permusuhan dan kekecewaan. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Maidah ayat 91:
Maksudnya: "Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran  arak dan judi itu, serta mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat.   OIeh itu, berhentilah (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu)".



Sesungguhnya sudah jelas larangan berjudi sebagaimana diterangkan dalam ayat-ayat Allah Subhanahu Wata'ala namun masih terdapat umat Islam yang menidakkan larangan tersebut kerana keangkuhannya. Mereka menjadikan judi sebagai simbol kemegahan dan keangkuhan mereka, dengan memperkenalkan pelbagai jenama seperti judi bola, lumba kuda dan lain-lain. OIeh itu, tidak hairanlah jika Pusat-pusat Perjudian terletak di kawasan yang berprestij tinggi serta sering diwarnai dengan pelbagai keindahan dan janji hiburan yang menyenangkan. Malah jika dilihat pada kasino-kasino yang ada pada hari ini, kebanyakannya mempunyai protokol-protokol tertentu untuk memasukinya agar ia dilihat eksklusif dan nampak hebat di kalangan orang ramai. Tetapi ingatlah, walaupun apa alasan dan betapa hebatnya tempat-tempat tersebut ia sedikit pun tidak akan mengubah kemurkaan Allah terhadap perbuatan maksiat judi ini. Yang pasti keangkuhan manusia hanya membawa rebah khususnya ketika berhadapan dengan Allah di hari qiamat kelak.

Judi sering meninggalkan kesan dan janji-janji palsu yang menyebabkan renggangnya hubungan suami isteri seterusnya menjadi penyebab runtuhnya Institusi Keluarga. Judi juga akan menyebabkan pengabaian tanggungjawab kepada keluarga.  Judi juga akan menyemarakkan sifat  benci dan bermusuh antara manusia. Suami menjadi beban kepada isteri.  Isteri pula menderita kerana hobi suami yang kaki judi. Anak hilang hormat pada bapa mereka. Akhirnya anak-anak menjadi mangsa dan memendam rasa. Kesannya keluarga menjadi porak-peranda. Lebih malang lagi apabila kalah judi anak dan isteri digadai bagi menebus hutang judi. Seterusnya masyarakat menjadi lemah dan tidak tentu arah masa depannya. Bukan itu sahaja, Pusat-pusat Judi seperti inilah menjadi punca berlaku masalah sosial dan akhlak. Malah, ia turut menjadi sarang-sarang maksiat lain seperti pelacuran yang padahnya sepanjang zaman bakal mengundang mala-petaka yang datang tanpa ada petanda.

Berpuluh-puluh umat silam yang degil dan ingkar kepada Allah telah dimusnahkan oIeh Allah Subhanahu Wata'ala sebagaimana Firman-Nya dalam Surah Az-Zariat  ayat  44:
Bermaksud: "Maka mereka bersikap angkuh terhadap perintah Tuhan mereka, lalu mereka disambar petir (tanpa dapat melarikan diri), dalam keadaan mereka melihatnya".

Bani Israel telah dilaknat dan disumpah menjadi beruk kerana degil dan ingkar. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Al-Quran dalam surah Al-A'raf  ayat 166:
Maksudnya: "Maka setelah mereka bersikap sombong (tidak mengambil endah)  berkenaan apa yang telah dilarang  daripadanya  (mereka terus melakukannya), Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".

Sebagai umat Islam, kita perlulah bersama-sama mencegah kemungkaran dan membasmi kegiatan judi ini agar ia tidak menjadi penyakit yang memporak-perandakan umat Islam. Mengikut Enakmen 9, Jenayah Syar'iah negeri Selangor tahun 1995 seksyen 17 (1) menyatakan bahawa berjudi adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila dithabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.


Sedarlah, bahawa tiada siapa yang akan untung dalam merancakkan budaya judi dalam masyarakat, malah sebagai sebuah negara umat Islam sudah tiba masanya kita berusaha menghapuskan budaya kotor ini dari terus merosakkan kesucian dan tamadun manusia. Sebagai sebuah negara umat Islam juga tidak wajar menjadikan pendapatan judi sebagai hasil pendapatan negara.

Tabiat berjudi bukan sahaja membawa keburukan dalam urusan dunia, tetapi juga urusan agama, malah peribahasa "Tahi judi" itu sendiri menggambarkan bahawa ia sesuatu yang menjijikkan lagi najis dan tidak diterima oIeh Islam.

Jika mereka yang bukan Islam boleh berfikir, judi hanya mengundang kerosakan dan kemusnahan dalam kehidupan manusia sepatutnya umat Islam berfikir jauh lebih baik dan lebih dalam daripada itu. Maka adalah wajar bagi semua pihak khususnya pihak yang berwajib berusaha agar aspirasi ummah untuk bebas judi dapat direalisasikan. Jika tidak, maka kita akan melihat generasi akan datang akan bergelap dengan dosa dan maksiat, kepapaan, kucar-kacir, kemiskinan dan kehancuran di dunia dan di akhirat.                                      


Maksudnya: "Bukan sedikit negeri-negeri yang penduduknya menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka dan Rasul-rasulnya, maka Kami hitung amal mereka satu-persatu dengan hitungan yang keras rapi serta Kami menyiksa mereka dengan azab yang mengerikan".    (At-Tholaq:8)      

0 comments:

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH
Menyumbanglah kepada dana saham amanah akhirat bagi pembangunan YAYASAN AL-IJABAH ... Klik gambar di atas

Tabung Amanah Saham Akhirat

Tabung Amanah Saham Akhirat
...kemudahan bank transfer anda.

KHAIRAT KEMATIAN MDESJ & MANFAAT

1. DAFTARLAH SEGERA SEBAGAI AHLI
2. Muat turun BORANG KEAHLIAN
3. Jika berlaku kematian SIAPA YANG PERLU DIHUBUNGI?

PANDUAN PRODUK HALAL /SUCI

Maklumat KEPENGGUNAAN Terpilih

SELSEMA BABI

STATUS TERKINI


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP