weblog MDESJ ini telah berpindah ke PORTAL MDESJ berkuasa 1 Muharram 1432H /7 Disember 2010

AJK Perintis (1976) diraikan.. Silaturrahim 'Idilfitri 1431H

Friday, June 11, 2010

Pencerobuhan Masjidil-Aqsa

 Khutbah JAIS | PENUH | Jawi | English |

Palestin telah melalui sejarah yang panjang dalam tamadun manusia dan menjadi rebutan kepada tiga agama. Namun demikian, Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap muslim sejak zaman-berzaman. Keistimewaan Palestin seperti yang terdapat di dalam Al-Quran, Al-Hadith dan Kitab-kitab Sejarah ialah:
1.     Sebagai  qiblat pertama umat Islam.
2.     Terdapat Masjidil-Aqsa iaitu masjid kedua yang dibina di atas muka bumi. Dan masjid ketiga paling suci selepas Masjidil-Haram dan Masjidin-Nabawi .
3.         Tempat berlakunya Israk dan Mikraj.
4.         Harta wakaf umat Islam sehingga ke hari qiamat.
5.         Tempat kelahiran Para Anbia'
   
Kezaliman yang dilakukan oIeh rejim Zionis yang bermula pada tahun 1948 setelah terbinanya negara haram Israel telah menyaksikan bukan sahaja isu-isu kemanusiaan semata-mata tetapi lebih daripada itu. Ia melibatkan isu akidah umat Islam , tanahair, maruah dan peradaban.
Baca selanjutnya...
Sesungguhnya bumi Palestin yang terdapat di dalamnya qiblat pertama umat Islam adalah watan yang perlu dipertahankan oIeh umat Islam seluruh dunia.  Apatah lagi Masjidil-Aqsa yang merupakan persinggahan Rasululah s.a.w. sebelum dimikrajkan  ke langit, sekarang ini terancam dengan apa yang dilakukan oIeh Yahudi laknatullah terhadap masjid yang mulia ini. Firman Allah dalam Surah Al-Isra' ayat 1:

Bermaksud: "Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haram (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin) yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepada-Nya tanda-tanda  (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".
Sejak berzaman lagi Yahudi berusaha untuk meruntuhkan Masjidil-Aqsa bermula dengan siri pengeboman terhadap masjid suci yang ketiga umat Islam pada 01 Mei 1980 setelah mereka berusaha untuk memusnahkannya dengan membakarnya pada tahun 1969. Hari ini usaha meruntuhkan Masjidil-Aqsa giat dijalankan dengan menggali terowong di bawah Masjidil-Aqsa supaya masjid ini runtuh dengan sendirinya dan didirikan di atasnya Haikal Sulaiman (Kuil Yahudi) yang merupakan di antara matlamat mereka untuk menguasai Masjidil-Aqsa.  Kini Masjidil-Aqsa dalam keadaan merbahaya. Zionis Yahudi berusaha memastikan doktrin-doktrin Thalmud, kitab yang menyeleweng yang mereka yakini dapat direalisasikan dengan proses pengyahudian dan projek-projek penempatan rumah-rumah haram.


Islam amat menghendaki umatnya bersatu menentang musuh tanpa mengenal sempadan dan warna kulit. Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 15: Bermaksud: 
"Sesungguhnya orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang yang benar  (pengakuan imannya)" .
   
Apa yang memeritkan, tatkala masyarakat Islam seluruh dunia bangun memprotes apa yang dilakukan  oIeh rejim  Zionis  terhadap  rakyat  Palestin,
pemimpin negara-negara Arab dan Islam seolah-olah merestui apa yang dilakukan oIeh rejim Zionis yang disokong oIeh kuasa besar Amerika Syarikat dan Britain untuk melakukan apa sahaja kepada saudara mereka.
   
Di manakah  maruah umat Islam?.  Inilah di antara bahana  yang berlaku apabila umat Islam terlalu bergantung dengan kuasa-kuasa besar dan bukannya kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Sikap ini perlu dibebaskan daripada jiwa kita dan kita wajib membantu rakyat Palestin dengan apa jua cara dan tindakan, yang bermula dengan doa kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala sehinggalah kepada tekanan-tekanan yang boleh menyebabkan Yahudi dihalau keluar daripada negara yang mereka jajahi.


Masjidil-Aqsa dikepong dan umat Islam yang berumur di bawah 45 tahun tidak dibenarkan bersolat di dalamnya. Selain daripada itu kezaliman dan penindasan rakus terus-menerus berlaku. Pembunuhan kejam menggunakan senjata-senjata moden yang dimiliki mereka dibenarkan oIeh undang-undang. Mahkamah Tinggi Israel mengisytiharkan keizinan untuk orang Yahudi bersembahyang di Masjidil-Aqsa. Ajaran yang dikeluarkan oIeh paderi mereka ialah menyarankan agar warga lsrael membawa kitab Thalmud tiga kali seminggu di dalam Masjidil-Aqsa.
   
Pencerobohan ke atas Masjidil-Aqsa Al-Mubarak oIeh puak Ekstremis Yahudi di bawah pengawasan tentera Israel berlaku pada hari Ahad 04 Oktober 2009 yang lalu. Pencerobohan yang dilakukan itu dicetuskan selepas 9 tahun Ariel Sharon melaksanakan tindakan memalukan, berlaku pada Perayaan Yahudi 'Yom Kippur'.  Tindakan mereka ini telah menyebabkan 16 orang rakyat Palestin dimasukkan ke hospital dan 9 lagi dipenjarakan. Masjidil-Aqsa Al-Mubarak adalah tempat suci bagi umat Islam tidak boleh menerima sama sekali tentera Israel bersama penduduknya melakukan jenayah yang kejam terhadap rakyat Palestin, Komuniti Muslim dan masjid sucinya.

Malangnya umat Islam masih leka dan terus menyokong bantuan-bantuan yang telah diberikan kepada Israel melalui pembelian barangan makanan, rokok, mahu pun Perkhidmatan Profesional yang secara jelas keuntungannya diberikan untuk membiayai negara Israel. Di manakah maruah umat Islam?.

Sesungguhnya kekejaman Zionis pasti akan berulang dan terus berulang tanpa mengenal siapa yang menjadi sasaran. Utusan Malaysia bertarikh 24.03.2010 melaporkan Perdana Menteri Israel "Benjamin Netanyahu" dengan bangga menyatakan Baitul-Muqaddis adalah ibu negara Israel yang sah, dengan itu tiada  halangan bagi Israel untuk membina penempatan baru untuk penduduk Yahudi berhampiran Masjidil-Aqsa.  Di manakah kita sekarang?. Adakah kita masih lalai dan leka?. Adakah kita masih nyenyak tidur dengan mimpi-mimpi yang indah?. Umat Islam pada hakikatnya sekarang ini sedang disibukkan dengan isu-isu remeh-temeh, dipesongkan fikiran mereka dengan sukan dan hiburan yang menghancurkan, kadangkala artis lebih dikenali daripada masjidil-Aqsa.
   
Majalah Haretz Israel baru-baru ini telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengejutkan umat Islam, iaitu pada tarikh 16 Mei 2010 Masjidil-Aqsa akan siap dirobohkan dan terbinalah Kuil Yahudi di atas tapak yang sama. Adakah ini sesuatu yang mustahil?. Untuk mencapai tujuan yang besar ini, Israel tidak melakukannya dengan serta-merta, akan tetapi mereka melaksanakannya dengan perlahan-lahan. Berita yang dilaporkan oIeh radio Israel pada 24.03.2010,  pihak berkuasa Israel meluluskan pembinaan penempatan haram Yahudi sebanyak 1 ,000 unit rumah di dalam Kota Baitul-Muqaddis berhampiran Masjidil-Aqsa.
   
Namun umat Islam seolah-olah hanyut dengan kemewahan dan budaya hiburan Hidonisme khayal yang akhirnya mereka lupa dengan apa yang berlaku terhadap saudara-mara seaqidah mereka. Tusukan tajam jarum-jarum Zionis melalui hiburan, telah menyebabkan pegangan akidah umat Islam semakin longgar. Justeru, perasaan ukhuwwah perlu disemai dan dibaja semula dengan iman dan Islam, agar apa yang berlaku di Palestin dirasai bersama sehingga menghasilkan tindakan-tindakan yang sesuai sebagai seorang muslim.


Di saat ini masjid-masjid lain di Palestin telah ditukarkan menjadi Kuil-kuil Yahudi, kelab-kelab malam, panggung wayang dan kandang-kandang lembu. Di saat ini umat Islam Palestin menanggung sengsara yang tidak terhingga dan tidak terkata, malah menjadi buntu kepada siapakah pertolongan mahu dipinta?. Di manakah umat Islam?. Adakah kita lupa pada kalimah  syahadah yang sama-sama kita ucapkan?.  Adakah terdapat perbezaan antara dua kalimah syahadah umat Islam Palestin dengan umat Islam di Malaysia?. Jawapannya sudah tentu tiada bezanya. Bahkah solat kita sama, puasa kita sama, qiblat kita sama. Tuhan yang kita sembah juga sudah pasti sama, iaitu Allah yang Maha Esa. Akan tetapi persoalannya kenapa kita masih membiarkan mereka bersendirian mempertahankan masjidil-Aqsa?.


Bumi Palestin dinodai. Umat Islam Palestin dinafikan hak mereka. Rakyat Palestin menangis kesedihan kerana mereka yang serba kekurangan dari semua sudut, berlawan bersendirian dengan rejim Zionis untuk mempertahankan Masjidil-Aqsa  yang mendapat sokongan dan dokongan dari Dunia Barat yang diketuai Amerika Syarikat.
   
Umat Islam perlu sedar, apakah yang hendak diharapkan daripada musuh-musuh Islam bagi mempertahankan dunia Islam?.  Umat Islam wajib bersatu berganding bahu tanpa membuang masa dan waktu, bangun mempertahankan Baitul-Muqaddis yang satu. Islam adalah teras kepada kesedaran ini dan bukannya hanya semangat yang ditiup oIeh kepentingan individu .

Umat Islam mesti dimotivasikan dan dibangunkan jiwa mereka dengan kitab suci Al-Quran. Itulah cara dan jalan terbaik bagi memastikan umat Islam terbela dan mendapat haknya dan tidak lagi diperkotak-katikkan oIeh musuh-musuh Islam.  Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku.  Maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini.

Hati kita dengan umat Islam di Palestin adalah terikat dengan ikatan akidah yang satu. Perjuangan rakyat Palestin dengan nyawa dan darah mereka adalah fadhu ain dan kefardhuan jihad telah dilaksanakan oIeh mereka. Sekiranya umat Islam Palestin berjihad menggunakan senjata dan ia merupakan fadhu ain ke atas mereka, maka kefardhuan tersebut diganti dengan jihad harta dan sokongan moral kepada kita bagi membantu rakyat Palestin. Tidakkah ini satu perjanjian dan satu pertukaran  yang menguntungkan kepada umat Islam di negara kita?. ??Sesungguhnya bantuan kewangan bagi memenuhi keperluan umat Islam Palestin wajib ke atas kita semua.

Maksudnya: "Wahai orang yang beriman!, mahukah aku tunjukkan satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjihad di jalan Allah (membela dan menegakkan agama Allah) dengan harta dan diri kamu.  Yang demikian itulah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).  Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai serta di tempatkan kamu di tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn.  Itulah kemenangan yang besar"..(As-Soff: 10-12)

0 comments:

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH
Menyumbanglah kepada dana saham amanah akhirat bagi pembangunan YAYASAN AL-IJABAH ... Klik gambar di atas

Tabung Amanah Saham Akhirat

Tabung Amanah Saham Akhirat
...kemudahan bank transfer anda.

KHAIRAT KEMATIAN MDESJ & MANFAAT

1. DAFTARLAH SEGERA SEBAGAI AHLI
2. Muat turun BORANG KEAHLIAN
3. Jika berlaku kematian SIAPA YANG PERLU DIHUBUNGI?

PANDUAN PRODUK HALAL /SUCI

Maklumat KEPENGGUNAAN Terpilih

SELSEMA BABI

STATUS TERKINI


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP