weblog MDESJ ini telah berpindah ke PORTAL MDESJ berkuasa 1 Muharram 1432H /7 Disember 2010

AJK Perintis (1976) diraikan.. Silaturrahim 'Idilfitri 1431H

Thursday, July 29, 2010

Mempertahankan Negara


Pahlawan  adalah benteng negara, tanpa pahlawan, negara sentiasa terdedah dengan ancaman musuh, maka kerana itu kalau kita sayangkan negara, kita mestilah sanggup memberi pengorbanan untuk mempertahankan negara daripada musuh yang menggugat keselamatan dan segala bentuk pencerobohan dan penjajahan.
 
Tanggungjawab menjaga keselamatan negara adalah tanggungjawab setiap rakyat. Islam mengajar kita supaya cintakan negara, kerana cintakan negara itu sebahagian dari tanda adanya iman. Menjaga negara tidak hanya sekadar menjaganya dari serangan musuh yang menggugat keamanan, tetapi juga dalam pengertian yang lebih luas, iaitu menjaga maruah negara dari segala anasir yang boleh merosakkan akidah, syariah, akhlak dan pemikiran rakyat, yang akhirnya akan menghancurkan kebahagiaan hidup seluruhnya.

Dalam hal tersebut, Rasulullah s.a.w. sangat tegas dan pantas bertindak menyelamatkan negara Islam yang Baginda tubuhkan bersama-sama para sahabatnya, dalam tempoh hanya 10 tahun negara Islam Madinah didirikan lebih 100 kali peperangan menentang musuh telah Rasulullah s.a.w. lakukan. Semata-mata dengan tujuan menjaga akidah, syariah, akhlak dan pemikiran umat Islam agar terus terpelihara dan dapat bertahan.

Sejarah keberanian dan kepahlawanan sahabat, sama ada lelaki mahu pun wanita telah dirakam oIeh sejarah Islam sehingga ada yang syahid seperti dalam Peperangan Badar Kubra, seramai 14 orang Islam terkorban syahid, begitu juga dengan Peperangan Uhud yang terkorban syahid seramai 70 orang. Sejarah Islam juga merakamkan kepahlawanan wanita Islam yang sama-sama terlibat dalam peperangan mempertahankan Rasulullah s.a.w. sebagai serikandi wanita yang berani.

Baca lanjut khutbah JAIS | PENUH | Jawi | English |

0 comments:

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH
Menyumbanglah kepada dana saham amanah akhirat bagi pembangunan YAYASAN AL-IJABAH ... Klik gambar di atas

Tabung Amanah Saham Akhirat

Tabung Amanah Saham Akhirat
...kemudahan bank transfer anda.

KHAIRAT KEMATIAN MDESJ & MANFAAT

1. DAFTARLAH SEGERA SEBAGAI AHLI
2. Muat turun BORANG KEAHLIAN
3. Jika berlaku kematian SIAPA YANG PERLU DIHUBUNGI?

PANDUAN PRODUK HALAL /SUCI

Maklumat KEPENGGUNAAN Terpilih

SELSEMA BABI

STATUS TERKINI


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP