weblog MDESJ ini telah berpindah ke PORTAL MDESJ berkuasa 1 Muharram 1432H /7 Disember 2010

AJK Perintis (1976) diraikan.. Silaturrahim 'Idilfitri 1431H

Friday, August 6, 2010

Kekalutan hiburan

Islam merupakan agama yang cukup sempurna merangkumi segenap aspek kehidupan manusia. Ini bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wata'ala di dalam surah Al-Maidah ayat ke 3;

 "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu".

Bagi menjamin kesejahteraan hidup ini, Islam telah memberikan pelbagai garis panduan untuk dilaksanakan oleh setiap individu muslim, termasuklah dalam aspek hiburan. Secara umumnya hiburan mempunyai skop yang amat luas sama ada berbentuk permainan, percakapan, lakonan mahu pun nyanyian. Namun apabila kita melihat fenomena hiburan yang melanda masyarakat hari ini, kita dapati sebahagian masyarakat lebih cenderung kepada hiburan yang berbentuk nyanyian dan juga lakonan.

Hadith ini menunjukkan bahawa secara umumnya, hiburan itu adalah sesuatu yang diharuskan Islam. Namun Islam telah menetapkan bahawa ia mestilah dilakukan secara sederhana dan tidak keterlaluan sehingga melalaikan manusia daripada mengingati Allah Subhanahu Wata'ala.  Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi telah memberikan beberapa garis panduan yang harus dipelihara ketika berhibur terutamanya hiburan yang berbentuk nyanyian, antaranya:-
1.   Tema atau isi kandungan lagu itu mestilah sesuai dengan adab dan ajaran Islam.
2.   Tidak boleh mengalunkan suaranya dengan tujuan membangkitkan rangsangan berahi.
3.   Tidak ada percampuran bebas antara lelaki dan wanita dan sebagainya.
 Sekiranya garis panduan tersebut tidak dipatuhi, maka hukum harus pada nyanyian tersebut boleh berubah menjadi syubhat atau pun haram.

Rujuk selanjutnya Khutbah JAIS | PENUH | Jawi |English|

0 comments:

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH
Menyumbanglah kepada dana saham amanah akhirat bagi pembangunan YAYASAN AL-IJABAH ... Klik gambar di atas

Tabung Amanah Saham Akhirat

Tabung Amanah Saham Akhirat
...kemudahan bank transfer anda.

KHAIRAT KEMATIAN MDESJ & MANFAAT

1. DAFTARLAH SEGERA SEBAGAI AHLI
2. Muat turun BORANG KEAHLIAN
3. Jika berlaku kematian SIAPA YANG PERLU DIHUBUNGI?

PANDUAN PRODUK HALAL /SUCI

Maklumat KEPENGGUNAAN Terpilih

SELSEMA BABI

STATUS TERKINI


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP