weblog MDESJ ini telah berpindah ke PORTAL MDESJ berkuasa 1 Muharram 1432H /7 Disember 2010

AJK Perintis (1976) diraikan.. Silaturrahim 'Idilfitri 1431H

Friday, August 20, 2010

Zakat Fitrah

Allah Subhanahu Wata'ala memuliakan Bulan Ramadhan dengan menjanjikan pelbagai ganjaran pahala, hikmah dan kelebihan untuk para hamba-Nya yang ingin mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Padanya mengandungi rahmat, keampunan dan pembebasan dari bencana azab api neraka yang tidak terperi sakitnya. Padanya juga diperintahkan untuk memperbanyakkan amal ibadah sebagai memenuhi tuntutan syariah terhadap Bulan Ramadhan.  Agungnya Bulan Ramadhan ialah kerana padanya Allah Subhanahu Wata'ala mensyariatkan ibadah puasa dan Zakat Fitrah.

Zakat Fitrah juga adalah lambang dan bukti seorang hamba yang mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepada mereka dengan diberikan sebahagiannya kepada saudara seIslam yang menderita dan kesusahan. Zakat Fitrah juga diwajibkan kepada seluruh umat Islam bertujuan untuk menyucikan dan memperkayakan jiwa, membersihkan harta serta menutup kekurangan yang berlaku sepanjang berpuasa di bulan Ramadhan.

Sesungguhnya seorang hamba yang mensyukuri nikmat pemberian-Nya merupakan hamba yang benar-benar dicintai oleh Allah Subhanahu Wata'ala bahkan mereka akan dikurniakan rahmat, keberkatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.  Firman Allah Subhanahu Wata'ala  di dalam surah Ibrahim, ayat 7:


"Dan  (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras".

Rujuk khutbah JAIS | PENUH | Jawi | English |

0 comments:

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH
Menyumbanglah kepada dana saham amanah akhirat bagi pembangunan YAYASAN AL-IJABAH ... Klik gambar di atas

Tabung Amanah Saham Akhirat

Tabung Amanah Saham Akhirat
...kemudahan bank transfer anda.

KHAIRAT KEMATIAN MDESJ & MANFAAT

1. DAFTARLAH SEGERA SEBAGAI AHLI
2. Muat turun BORANG KEAHLIAN
3. Jika berlaku kematian SIAPA YANG PERLU DIHUBUNGI?

PANDUAN PRODUK HALAL /SUCI

Maklumat KEPENGGUNAAN Terpilih

SELSEMA BABI

STATUS TERKINI


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP