weblog MDESJ ini telah berpindah ke PORTAL MDESJ berkuasa 1 Muharram 1432H /7 Disember 2010

AJK Perintis (1976) diraikan.. Silaturrahim 'Idilfitri 1431H

Friday, August 13, 2010

Membina Taqwa

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang agung. Padanya Allah mewajibkan kita berpuasa di siang hari. Pada bulan ini juga Allah Subhanahu Wata'ala telah membuka seluas-luasnya pintu pengampunan, khususnya kepada hamba-hamba-Nya yang mengharapkan keampunan daripada-Nya. Ini dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam  dalam sebuah hadith;


"Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu dari Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sabdanya: Sesiapa yang mengerjakan puasa Bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Ta'ala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, marilah kita bersama bertaubat dan merafa' sembah memohon ampun kepada Allah Subhanahu Wata'ala atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Betapa hinanya kita, sanggup menderhakai Allah Subhanahu Wata'ala sedangkan dalam masa yang sama kita masih hidup, makan dan minum rezeki milik Allah Subhanahu Wata'ala.

Agungnya Ramadhan juga kerana Al-Quran mula diturunkan pada bulan ini. Firman Allah Subhanahu Wata'ala di dalam surah Al-Baqarah, ayat 185 :


"(Masa yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah".

Rujuk khutbah JAIS | PENUH | Jawi | English |

0 comments:

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH
Menyumbanglah kepada dana saham amanah akhirat bagi pembangunan YAYASAN AL-IJABAH ... Klik gambar di atas

Tabung Amanah Saham Akhirat

Tabung Amanah Saham Akhirat
...kemudahan bank transfer anda.

KHAIRAT KEMATIAN MDESJ & MANFAAT

1. DAFTARLAH SEGERA SEBAGAI AHLI
2. Muat turun BORANG KEAHLIAN
3. Jika berlaku kematian SIAPA YANG PERLU DIHUBUNGI?

PANDUAN PRODUK HALAL /SUCI

Maklumat KEPENGGUNAAN Terpilih

SELSEMA BABI

STATUS TERKINI


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP