Mimbar Jumaat: Nuzul Al-Quran
Allah memuliakan Ramadhan sebagai penghulu segala bulan ialah kerana keistimewaannya melebihi bulan-bulan yang lain. Bukan hanya ganjaran yang berganda akan diberikan kepada sesiapa yang beramal soleh bahkan juga bulan untuk hambanya mempertingkatkan iman dan taqwa, bulan menyuburkan kesedaran dan keinsafan, bulan untuk kita bermuhasabah diri malah yang lebih utama ialah dalam bulan ini terdapat suatu rahsia yang besar yang hanya berlaku dalam bulan ini iaitu peristiwa Lailatul Qadar dan peristiwa ‘Nuzul al-Quran’.
Nuzul al-Quran adalah bermaksud penurunan al-Quran pada malam Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan dari Allah ke Luh al-Mahfuz secara sekali gus atau keseluruhan (jumlatan wahidatan) kemudian turun dari Luh al-Mahfuz ke Bait al-'Izzah di langit dunia juga secara keseluruhan, kemudian baru diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah SAW selama 23 tahun secara berperingkat-peringkat.
0 comments:
Post a Comment