Mimbar Jumaat: Zakat Fitrah
Zakat fitrah ialah ibadah yang diwajibkan di dalam bulan Ramadhan dan dikeluarkan mengikut syarat dan peraturan. Ia diwajibkan keatas setiap muslim berdasarkan kepada maksud hadith dari Ibni Umar r.a. katanya;
Rasulullah s.a.w. mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan terhadap setiap Muslim samada mereka itu hamba, lelaki atau perempuan iaitu segantang kurma atau gandum.
Sesungguhnya tiada ganjaran yang lebih besar dari Allah melainkan apabila seseorang itu dapat memenuhi hajat seseorang yang lain diwaktu mereka amat memerlukan. Bayangkan, diwaktu orang lain bergembira menyambut hari raya, ada di kalangan insan yang sedih dan berduka kerana tidak mampu memberikan makan dan minum yang cukup untuk anak-anak mereka.
Apatah lagi membelikan pakaian baru untuk menyambut hari raya. Hak-hak mereka yang fakir dan miskin berada ditangan kita semua yang wajib diserahkan dengan menunaikan ibadah zakat.
Rujuk khutbah JAIS |PENUH | Jawi | English |
.
0 comments:
Post a Comment