weblog MDESJ ini telah berpindah ke PORTAL MDESJ berkuasa 1 Muharram 1432H /7 Disember 2010

AJK Perintis (1976) diraikan.. Silaturrahim 'Idilfitri 1431H

Friday, December 18, 2009

Tahun Baru 1431H

Hari ini merupakan hari yang amat bermakna bagi kita untuk menyambut tahun baru bermulanya tahun 1431 hijrah. Kedatangan tahun baru ini sewajarnya menyedarkan dan menginsafkan diri kita betapa kita masih lagi dikurniakan oIeh Allah dengan pelbagai nikmat yang tidak terhingga banyaknya. Kita seharusnya menunjukkan kesyukuran dan terima kasih kita kepada-Nya atas pemberian nikmat tersebut, salah satu caranya ialah dengan muhasabah diri.



Muhasabah diri bermaksud merenung sejenak adakah kita telah menggunakan masa yang diperuntukkan kepada kita dengan sebaiknya?. Adakah ibadah kita ditunaikan dengan penuh ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah?. Adakah kita telah menunaikan hak Allah dan hak sesama manusia dengan sebaiknya?. Apakah amalan kita pada tahun yang lepas mendatangkan manfaat kepada Islam dan umatnya?. Persoalan-persoalan ini seharusnya dijawab oIeh kita sebagai satu muhasabah diri bagi menghadapi tahun baru yang menjelang tiba. Tahun silih berganti dan sudah tentu apa yang kita lakukan pada tahun ini tidak sama dengan apa yang kita lakukan pada tahun sebelumnya.



Perubahan terus-menerus berlaku dalam kehidupan ini. Detik dan masa yang berlalu telah hilang dan menjadi catatan sejarah yang tidak dapat dilupakan serta diulang kembali. Manakala masa yang sedang dan akan kita tempuhi memerlukan kebijaksanaan kita untuk mengaturkannya.



Baca selanjutnya khutbah JAIS | PENUH | Jawi | English |

0 comments:

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH
Menyumbanglah kepada dana saham amanah akhirat bagi pembangunan YAYASAN AL-IJABAH ... Klik gambar di atas

Tabung Amanah Saham Akhirat

Tabung Amanah Saham Akhirat
...kemudahan bank transfer anda.

KHAIRAT KEMATIAN MDESJ & MANFAAT

1. DAFTARLAH SEGERA SEBAGAI AHLI
2. Muat turun BORANG KEAHLIAN
3. Jika berlaku kematian SIAPA YANG PERLU DIHUBUNGI?

PANDUAN PRODUK HALAL /SUCI

Maklumat KEPENGGUNAAN Terpilih

SELSEMA BABI

STATUS TERKINI


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP