Perpaduan
Sesungguhnya, jika jiwa kita benar-benar diasuh dengan keimanan, kita akan sama-sama berusaha menyatu-padukan masyarakat berpandukan perintah Allah dan Rasul-Nya. Sebaliknya, jika jiwa kita sentiasa disiram dengan unsur-unsur Jahiliyyah dan dibaja dengan bisikan syaitan, maka kita akan terhijab dari sinar perpaduan ini.
Islam mewajibkan kita bersatu di bawah panji-panji Allah dan Rasul-Nya. Sebagaimana Firman Allah dalam surah Ali 'Imran ayat 103:
"Dan bersatu-padulah kamu dengan agama Allah dan janganlah kamu berpecah-belah".
Menurut pandangan ulama, tali Allah yang dimaksudkan di sini ialah Al-Quran atau agama Islam atau jamaah umat Islam. Tali Allah itu adalah asas yang paling utama dan menjadi ramuan yang paling penting untuk menjana perpaduan masyarakat .
Umat Islam mestilah berhati-hati terhadap sebab dan faktor yang boleh mengundang bencana tersebut. Asy-syeikh Said Hawa berkata:
1 . Disebabkan tidak mengikut jalan yang ditunjuk oIeh Allah Subhanahu Wata'ala. Firman-Nya dalam suratul-An'am ayat 153;
"Dan janganlah kamu mengikuti jalan yang lain, nanti kamu akan berpecah-belah dari jalan Allah, yang demikian telah pun diwasiatkan kepada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa" .
Maka tidak ada jalan lain bagi menjamin perpaduan selain daripada kembali kepada jalan Allah dan Rasul-Nya. Dengan kembali kepada jalan Allah, umat Islam menjadi kuat, tetapi apabila umat Islam meninggalkan dasar ajaran-Nya,maka umat Islam pasti akan menjadi lemah.
2. Disebabkan ramai umat Islam lupa kepada ajaran Allah Subhanahu Wata'ala. Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 14;
"Maka kerana mereka melupakan sebahagian dari apa yang telah diperintahkan kepada mereka, menyebabkan Kami (Allah) timbulkan permusuhan dan kebencian di antara mereka" .
OIeh itu umat Islam mestilah kembali kepada menghayati ajaran Islam, mematuhi hukum-hakam dan menunaikan segala tuntutannya. Itulah jaminan Allah untuk menghindarkan permusuhan dan kebencian sesama umat Islam.
Baca selanjutnya khutbah JAIS | Penuh | Jawi | English |
0 comments:
Post a Comment