Baharui azzam
Bagi mencapai kemajuan dan kecemerlangan sesuai dengan perintah Allah, azam kita pada tahun baru ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi keutamaan untuk dilaksanakan. Antaranya:-
Keutamaan Beragama.
Umat Islam yang baik dan mulia ialah mereka yang memiliki kekuatan beragama, kekuatan iman, ketinggian ilmu pengetahuan dan akhlak Islam.
Islam adalah agama yang maha agong, yang telah menunjukkan kita jalan, untuk kita mendapat keselamatan di dunia, lebih-lebih lagi keselamatan di akhirat. Islam telah menyusun dan menerangkan cara beribadah, berakhlak, berhubung sesama manusia untuk urusan hidup seperti mentadbir, mendidik, membangun, berjihad dan sebagainya.
Di satu ketika dahulu, didapati lumrah amalan-amalan terpuji wujud dalam masyarakat kita, tetapi di akhir-akhir ini didapati banyak petanda yang menunjukkan, sebahagian kita telah lupa terhadap tuntutan kehidupan beragama. Kerana keghairahan berlumba-lumba mengejar kehidupan di dunia, seperti mengumpul seberapa banyak harta, berjuang untuk mendapat pangkat dan kedudukan, sehingga kita mengenepikan tuntutan agama yang mementingkan kehidupan bersopan-santun, bertata-susila, kekuatan iman, ketinggian ilmu dan ketaatan yang kukuh kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
Kemuliaan umat Islam, adalah terletak pada diri mereka sendiri. Umat Islam adalah yang menentukan bentuk gambaran atau wajah Islam, sama ada ianya berseri dan bersinar atau malap ibarat pelita yang kehabisan minyak.
0 comments:
Post a Comment