Kepentingan Ilmu
Ilmu pengetahuan pada masa kini menjadi satu keperluan yang amat mustahak bagi sesebuah negara termasuk negara kita, dalam usaha untuk memaju dan menjana pembangunan negara. Tanpa ilmu, keupayaan untuk memajukan negara adalah amat sukar malahan akan menjejaskan apa jua bentuk kemajuan yang telah dirancang. Begitulah pentingnya ilmu pengetahuan, tanpanya siapalah kita.
Dunia kini lebih mengutamakan ilmu pengetahuan. Jika bangsa kita tidak berilmu kita akan jauh ketinggalan, malah akan dipandang hina oleh bangsa-bangsa lain.
Maksud Firman Allah Subhanahu Wata'ala di dalam surah Al-Mujadalah ayat ke 11 ;
"... Nescaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah maha mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan".
Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah Subhanahu Wata'ala lebih memuliakan hamba-hambaNya yang beriman dan berilmu berbanding hamba-hamba-Nya yang lain. Ibnu Abbas radhiallahu ‘Anhu menyatakan bahawa perbezaan ketinggian darjat di antara orang-orang berilmu dengan yang lainnya di kalangan orang-orang beriman adalah sebanyak tujuh ratus darjat di mana jarak bagi setiap darjat adalah seumpama langit dengan bumi. Demikianlah mulianya kedudukan orang-orang yang memiliki ilmu pengetahuan.Kita melihat dengan jelas betapa ilmu itu amatlah penting untuk diteroka dan didalami.
Mendalami ilmu bukan sekadar secara akademik ataupun ilmiah tetapi lebih menjurus kepada penghayatan ilmu itu sendiri, ke arah mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala. Ini adalah kerana tanpa penghayatan ilmu tidak akan memberikan hasil yang baik di dalam pembentukan jiwa peribadi muslim sejati. Jiwa manusia perlu dibangunkan dengan ilmu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala sebagaimana juga manusia memerlukan makanan dan minuman untuk terus hidup dan beribadat kepadaNya.
Khutbah JAIS | PENUH | Jawi | English |
BACA JUGA KHUTBAH JAKIM (Khutbah Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan hari ini) berkaitan KAFIR DZIMMI dan KAFIR HARBI
0 comments:
Post a Comment