weblog MDESJ ini telah berpindah ke PORTAL MDESJ berkuasa 1 Muharram 1432H /7 Disember 2010

AJK Perintis (1976) diraikan.. Silaturrahim 'Idilfitri 1431H

Friday, January 29, 2010

Menjaga Hati

Kita berkewajipan memelihara hati, malah Rasulullah s.a.w. telah memperingatkan kita melalui sebuah hadis Baginda: “Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal
darah), jika baik daging tersebut, maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak daging tersebut, maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ketahuilah sidang Jamaah sekalian, bahawa diri manusia terbahagi kepada dua iaitu: fizikal dan spiritual. Bahagian spiritual tersebut termasuklah akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, perbuatan, perilaku dan sikap seseorang dipengaruhi oleh hati.

Manakala sifat-sifat hati pula dijelaskan oleh Imam Al Ghazali di dalam kitab “Ihyai ‘Ulumuddin” boleh dibahagikan kepada empat sifat. Iaitu sifat kebuasan, sifat kebinatangan, sifat kesyaitanan dan akhir sekali sifat ketuhanan. Bila manusia dikuasai oleh sifat kemarahan, maka ia akan berubah sikap seperti binatang buas yang suka bertindak mencetuskan permusuhan, kemarahan dan serangan terhadap orang lain dengan pukulan dan makian.

Sekiranya manusia itu dikuasai oleh nafsu syahwat, maka sikap dan perlakuannya juga seperti haiwan sehingga sanggup merogol anak kandung sendiri, mendera bayi yang tidak berdosa, bersikap rakus, tamak haloba dan lain-lain lagi.

Khutbah JAIS | PENUH | Jawi | English |

0 comments:

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH
Menyumbanglah kepada dana saham amanah akhirat bagi pembangunan YAYASAN AL-IJABAH ... Klik gambar di atas

Tabung Amanah Saham Akhirat

Tabung Amanah Saham Akhirat
...kemudahan bank transfer anda.

KHAIRAT KEMATIAN MDESJ & MANFAAT

1. DAFTARLAH SEGERA SEBAGAI AHLI
2. Muat turun BORANG KEAHLIAN
3. Jika berlaku kematian SIAPA YANG PERLU DIHUBUNGI?

PANDUAN PRODUK HALAL /SUCI

Maklumat KEPENGGUNAAN Terpilih

SELSEMA BABI

STATUS TERKINI


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP