weblog MDESJ ini telah berpindah ke PORTAL MDESJ berkuasa 1 Muharram 1432H /7 Disember 2010

AJK Perintis (1976) diraikan.. Silaturrahim 'Idilfitri 1431H

Friday, February 5, 2010

Jihad

Perkataan jihad dalam konteks yang kita bicarakan di mimbar ini diulang dalam Al-Quran kira-kira 29 kali. Manakala kalimah mujahidun dan mujahidin diulang 4 kali. Ini tidak termasuk perkataan fi sabilillah dan qital yang turut memberi makna yang serumpun dengan jihad yang kita bincangkan. Ia menunjukkan betapa jihad adalah suatu amal yang sangat dituntut di dalam Islam dan tidak wajar diketepikan dari pembicaraan umat masa kini.



Benarlah sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dari Mu'az bin Jabal bahawa Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

"Kemuncak ketinggian Islam adalah jihad pada jalan Allah"



Jihad dari segi bahasa bererti mengeluarkan sepenuh tenaga dan kemampuan. Dari segi istilah pula, ia sebagai perjuangan kaum muslimin menegakkan agama Allah dengan memerangi orang kafir yang menentang Islam. Namun, kita akan dapati bahawa kalimah jihad membawa banyak pengertian di dalam Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Justeru, selain dari makna berperang, kalimah jihad juga memberi makna yang lebih luas dan umum dari berperang.



Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Furqan ayat 52:

"Oleh itu, janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah (yakni dengan hujjah-hujjah Al-Quran) menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh."



Khutbah JAIS | PENUH | Jawi | English |

0 comments:

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH

ANAK YATIM YAYASAN AL-IJABAH
Menyumbanglah kepada dana saham amanah akhirat bagi pembangunan YAYASAN AL-IJABAH ... Klik gambar di atas

Tabung Amanah Saham Akhirat

Tabung Amanah Saham Akhirat
...kemudahan bank transfer anda.

KHAIRAT KEMATIAN MDESJ & MANFAAT

1. DAFTARLAH SEGERA SEBAGAI AHLI
2. Muat turun BORANG KEAHLIAN
3. Jika berlaku kematian SIAPA YANG PERLU DIHUBUNGI?

PANDUAN PRODUK HALAL /SUCI

Maklumat KEPENGGUNAAN Terpilih

SELSEMA BABI

STATUS TERKINI


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP